Tudung chiffon adalah antara material yang popular digunakan dalam pembuatan tdung muslimah. Ia material yang popular dan menjadi pilihan ramai selain daripada kain jenis cotton. Dengan berkembangnya penggunaan kain chiffon ini menjadikan ia semakin trendy ditambah pula dengan wujudnya variasi corak pada kain tudung.
Di dalam slot ini kami akan kongsikan koleksi tudung chiffon viral yang ada di pasaran Malaysia. Koleksi tudung trendy ini adalah yang paling ramai dicari oleh warget. Jika anda berkenan dengan pilihan tudung yang ada, anda boleh menekan link yang disediakan untuk terus ke laman seller untuk lebih banyak koleksi corak dan warna serta untuk semakan harga semasa.
Table of Contents
ToggleKoleksi Tudung Chiffon Cantik & Trendy
Berikut adalah beberapa rekomendasi tudung material chiffon untuk tatapan anda. Jika berminat, anda boleh menekan butang yang disediakan dan terus membuat pembelian. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma yang ada di hujung artikel ini ya,T&.
Tudung chiffon voile
Kain chiffon voile ini adalah sejenis material yang popular. Ia mempunyi textur lebih lembut dan mudah untuk dibasuh daripada material chiffon sahaja. Selain itu, ia juga mudah untuk dibasuh dan tahan kedut.
Tudung chiffon crepe
Berbanding chiffon biasa, material jenis chiffon crepe ini lebih tebas dan kalis cahaya. Jadi anda tidak perlu banyak lining untuk mengayakan tudung jenis chiffon crepe ini. Kain jenis ini mempunyai kualiti lebih baik dan harga lebih mahal berbanding chiffon biasa.
Tudung chiffon 2 layer
Tudung jenis 2 layer ini sesuai digayakan sebagai tudung labuh. Terdapat banyak jenis material untuk tudung jenis ini termasuklah material jenis chiffon.
Tudung chiffon 3 layer labuh
Selain tudung 2 layer, chiffon juga sesuai dikenakan dengan tudung jenis labih 3 layer. Sama juga seperti 2 layer, tudung ini sesuai untuk anda yang memakai tudung labuh dan menutup lebihan hingga kebawah dada.
Tudung chiffon georgette
Sejenis material kain tudung yang lembut dan mudah dibentuk. Ia juga dijual dengan harga lebih mahal berbanding chiffon biasa.
Tudung chiffon berdagu
Bagi anda yang ada double chin boleh mencuba tudung jenis berdagu ini. Ia juga boleh didapati dengan material chiffon dan corak yang cantik.
Tudung chiffon awning scuba
Jika anda peminat tudung instant pastinya biasa dengan awning scuba ini. Berita baiknya, terdapat juga koleksi tudung chiffon yang mempunyai awning scuba.
Jenis Kain Chiffon
Tahukah anda, material chiffon mempunyai beberapa jenis yang berbeza kualiti dan harga. Disini kami kongsikan serba ringkas beberapa jenis chiffon yang boleh digunakan untuk membuat tudung.
- Chiffon plain
- Chiffon georgette
- Chiffon sutera
- Chiffon goldline
- Double chiffon
- Printed chiffon
- Chiffon paisley
- Chiffon tibal
Kredit FB Nurfah
Tips Penjagaan Tudung Chiffon
Bagi anda yang sayang akan tudung dan ingin mengelekkan material menjadi cepat rosak, berikut adalah beberapa cara penjagaan tudung chiffon untuk rujukan anda. Dari segi penjagaan ia sama sahaja seperti tudung biasa, berikut adalah:
Gunakan pelembut dan sabun cecair
Untuk membasuh tudung, pastikan menggunakan cecair pelembut dan sabun jenis cecair. Elakkan menggunakan sabun jenis serbuk kerana boleh menyebabkan fabrik kain rosak. Rendam sahaja kain chiffon anda 15 ke 20 minit, biarkan semuanya terendan. Bilas hingga bersih.
Jangan guna mesin basuh
Disebabkan kain chiffon jenis yang lembut, penggunaan mesin akan menyebabkan kain cepat lemau dan rosak.
Elakkan membasuh dengan kuat
Jika kain tudung anda mempunyai kesan kotoran, sapukan dengan sabun cecair dan sental dengan menggunakan bahagian kain yang lain. Sentalan sama-sama kain ini bagi mengelakkan iya rosak jika terkena gigi berus.
Jemur kawasan yang redup
Untuk kain lebih tahan lama, jemurkan sahaja pada cuaca yang sederhana dan tidak terlalu panas terik. Ini kerana panas terik akan menyebabkan warna tudung cepat pudar .
Dengan ada variasi jenis kain tudung ini menjadikan pasaran tudung semakin diminati oleh orang ramai. Tudung jenis material chiffon juga adalah jenis yang banyak terdapat di pasaran samada di pasar malam mahupun di laman Shopee. Anda peminta warna krem? Jom tengok koleksi terbaik Tudung warna cream. TQ!