11 Jenis Tudung Popular di Malaysia + Voucher Shopee

Terdapat banyak jenis tudung yang boleh didapati di Malaysia. Sebagai seorang muslimah, pemilihan tudung yang sesuai dengan bentuk muka dan warna baju sangatlah penting disamping memenuhi tuntutan menjaga aurat sebagai seorang wanita. Tambahan, dengan adanya pelbagai jenis material kain tudung yang lembut dan selesai dipakai menjadikan pilihan tudung trending semakin diminati ramai hari ini. 

Senarai Jenis Tudung Trend & Material Tudung Popular

Sebagai seorang hijabis, anda tidak perlu risau untuk mendapatkan tudung yang anda minati di Malaysia. Hampir kesemua jenis tudung dan meterial tudung boleh didapati di pasaran Malaysia sahaja, antara yang popular adalah tudung bawal, tudung shawl, dan tudung instant

Di dalam slot ini, jom kenali jenis tudung yang popular dan trend untuk anda, anda juga boleh membuat membelian tudung yang anda minati dengan menekan link yang disediakan, anda akan dibawa ke laman jual beli Shopee. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee ada di hujung artikel ini. Jom cuci mata sis!

Tudung Sarung @ Tudung Instant

Jika anda peminat tudung jenama Ariani pastinya anda tidak asing lagi dengan tudung sarung atau dikenali dengan nama tudung instant. Keunikan utama tudung sarung ini adalah ia sangat mudah untuk dipakai, anda hanya perlu sarungkan sahaja dan siap. Dengan adanya tudung instant ini menjadikan masa harian anda lebih jimat sahaja.

Kini anda boleh mendapatkan tudung sarung ini dengan pelbagai jenis corak dan material. Tudung ini direka agar kekal cantik dan kemas walaupun ia hanya perlu disarung. Bahagian awning tudung ini juga memainkan peranan kerana akan membuatkan tudung lebih kemas apabila dipakai. 

Jenis Tudung Sarung Popular di Malaysia:

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Shawl @ Selendang

Salah satu tudung yang popular dalam kalangan warganet adalah selendang atau dikenali dengan nama tudung shawal. Tudung shawl mempunyai ciri-ciri ukuran kain berbantuk segi 4 sama, terdapat juga sesetengah shawl yang mempunyai bentuk halfmoon di penjuru kainnya. Selain itu, shawl juga boleh didapati dalam ukuran lebar dan sederhana lebar bergantung kehendak pemakai. 

Kelebihan shawl ini adalah ia biasanya diperbuat daripada meterial yang tahan kedut, jadi anda tidak perlu iron shawl anda dengan kerap. Cara mengayakannya pula bergantung kepada setiap individu, terdapat banyak cara lilitan yang boleh digunakan dan anda memerlukan beberapa pin tudung untuk shawl anda nampak kemas dan cantik. Shawl ini sesuai digayakan oleh golongan muda dan lebih kearah fesyen terkini. 

Jenis Tudund Shawl Popular di Malaysia:

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Bawal 

Tudung bawal adalah tudung yang paling dikenali di seluruh Malaysia. Tudung bawal adalah yang paling kerap digayakan oleh kebanyakkan muslimah. Ciri-ciri utama tudung ini adalah ia mempunyai ukuran kain segi 4 tepat dan mempunyai bentuk halfmoon di penjuru sisinya. Bagi ukurannya pula terdapat tiga yang popular iaitu bidang 45, bidang 50, dan bidang 55. Terdapat juga bidang 60 dan keatas sesuai digunakan untuk muslimah yang bertudung labuh.

Pada awalnya, kain tudung bawal ini diperbuat daripada jenis yang jarang dan mudah berkedut. Tetapi dengan adanya kemajuan dalam penghasilan material tudung, kini anda boleh dapatkan tudung bawal dengan kain yang tahan kedut dan berkualiti tinggi. Kelebihan tudung bawal ini ia sangat mudah dipakai dan tidak memerlukan pin tudung yang banyak.  

Jenis Tudung Bawal Popular di Malaysia:

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Sport @ Tudung Sukan

Bagi anda yang bertudung tetapi gemar bersukan, kini anda tidak perlu risau kerana terdapat tudung yang direka khas untuk beriadah. Keunikan utama tudung sukan ini adalah ia diperbuat daripada meterial yang tahan lasak, lembut, dan menyerap peluh. Antara material tudung sukan yang popular adalah jenis microfibre, mosscrepe, dan stretchable cotton. 

Hampir kesemua tudung sukan ini berbentuk instant iaitu anda hanya perlu sarungkan sahaja untuk digunakan. Bahagian awning tudung sukan ini juga ada yang lembut dan keras, anda boleh pilih mengikut keselesaan anda semasa bersukan. Tudung sport ini boleh didapati dalam pelbagai jenis warna, namun kebiasaanya ia bewarna hitam dan kelabu. Tambahan, terdapat juga tudung sukan yang labuh sesuai untuk anda yang berbadan besar.

Jenis Tudung Sport Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Untuk Nikah

Dengan adanya pelbagai jenis material tudung menjadikan tudung nikah juga lebih fancy dan trend. Jika anda sedang mencari tudung untuk digayakan bersama busana pengantin, terdapat beberapa pilihan padanan tudung khas untuk perkahwin anda. Tudung jenis bawal dan shawl juga banyak dijual untuk majlis perkahwinan ini. Antara carian yang popular untuk tudung nikah ini adalah jenis tudung nikah off white. Iaitu bertemakan putih.

Untuk lebih cantik dan selesa, material untuk tudung nikah ini biasanya menggunakan jenis soft cotton dan premium cotton. Terdapat juga pilihan warna putih @ krim yang berlainan tona untuk menjadikan padanan tudung dan baju lebih matching di majlis perkahwinan. 

Jenis Tudung Untuk Nikah Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Sekolah

Bagi anda yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil dan bersekolah, pastinya akan mencari jenis tudung sekolah yang selesa dan sesuai untuk dipakai di sekolah. Antara tudung sekolah yang popular adalah jenis awning lembut atau scuba. Tudung ini adalah jenis tudung sarung yang dibuat khas untuk pelajar sekolah. 

Dengan adanya tudung sekolah jenis instant ini membolehkan pelajar perempuan lebih mudah untuk memakai tudung kerana anak-anak kecil ini masih belum biasa untuk memakai tudung dengan kemas. Antara material yang sesuai untuk tudung sekolah ini adalah jenis cotton dan ada juga yang jenis lycra.

Jenis Tudung Sekolah Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Cotton

Material cotton adalah tidak asing dalam fabrik penghasilan tudung, malah hampir kesemua tudung bawal dan shawl yang dijual mempunyai material daripada jenis cotton ini. Jenis cotton yang biasa digunakan untuk tudung adalah jenis soft pure cotton dan premium cotton untuk tudung yang premium. Kelebihan utama cotton ini adalah ia boleh mengawal kelembapan dan selesa dipakai. 

Hampir kesemua tudung termasuk jenis bawal, sarung dan shawl boleh didapati dengan material cotton ini. Fabrik cotton ini akan dijahit dan direka mengikut jenama tudung itu sendiri atau mengikut jenis cotton itui. 

Jenis Tudung Cotton Yang Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Chiffon

Antara jenis tudung yang trend adalah jenis yang diperbuat daripada material chiffon. Keunikan tudung chiffon ini adalah ia mempunyai tesktur yang lembut, ringan, nipis, dan jarang. Kualiti fabrik chiffon ini pula bergantung kepada bahan yang digunakan untuk membuat fabrik chiffon iaitu cotton, silk, atau bahan sintetik. 

Secara umumnya, fabrik jenis chiffon ini sangat sesuai untuk tudung bawal, tetapi kini tudung jenis lain juga boleh didapati menggunakan fabrik chiffon ini. Antara yang popular menggunakan material chiffon ini adalah jenis tudung sarung atau tudung instant.

Jenis Tudung Chiffon

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Satin

Fabric satin juga mula menjadi trend dan digunakan secara meluas untuk tudung muslimah. Ciri-ciri material satin ini adalah ia mempunyai sifat yang bersinar, lembut, sejuk, dan bergetah. Ini menjadikan ia sesuai untuk dijadikan bahan material untuk tudung dan juga baju. Fabrik satin ini sangat sesuai untuk dikenakan dengan tudung jenis shawl  atau selendang kerana ia lembut dan ironless. 

Kini terdapat juga tudung bawal dan instant yang diperbuat daripada fabrik satin ini. Kain ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan keselesaan disamping kelihatan kemas dan cantik.

Jenis Tudung Satin Yang Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Printed

Selain daripada material dan jenis tudung, jenis corak tudung juga boleh menjadikan satu-satu jenama tudung trending di pasaran. Tudung printed adalah satu satu jenis tudung yang diminati oleh warganet di Malaysia. Corak yang dicetak dengan menggunakan mesin khas ini sangat popular boleh didapati dalam bentuk tudung sarung dan juga shawl.

Bagi tudung printed ini, material yang biasa digunakan adalah daripada jenis cotton dan chiffon. Corak tudung printed ini boleh didapati dalam pelbagai bergantung kepada design ketika ia dicetak.

Jenis Tudung Printed Yang Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

Tudung Batik

Walaupun kurang popular berbanding corak tudung printed, tudung batik juga antara yang popular dalam kalangan muslimah. Batik adalah fabrik yang terkenal di Malaysia, disebabkan itu, konsep tudung corak batik ini juga boleh dijadikan sebagai pattern tudung di Malaysia. Tudung batik ini juga kelihatan premium dan cantik walaupun bercorakkan tradisional melayu. 

Kebanyakkan corak batik ini sesuai digayakan bersama tudung bawal kerana ia kelihatan lebih simple dan selesa. Pattern corak batik ini boleh dijadikan tudung untuk urusan rasmi kerja dan juga untuk digayakan ke pejabat.

Jenis Tudung Batik Yang Popular

Tekan pada pilihan tudung untuk terus ke laman Shopee

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Dengan adanya variasi material dan pattern corak tudung ini lebih memudahkan para muslimah untuk membuat pilihan memakai tudung yang selesa, trending, dan yang paling penting memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang kami kongsikan ya. Jika anda mencari tudung bawal biadang 50, anda boleh terus ke perkongsian Tudung Bawal Bidang 50 Paling Popular . Jom kekal cantik!

Scroll to Top
Scroll to Top