Jenis Kain Tudung Popular di Malaysia

Tahukah anda terdapat beberapa jenis kain tudung yang popular dan selesa apabila dipakai. Jenis material tudung ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu dengan yang lain. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa jenis kain tudung yang popular dan mudah didapati di pasaran Malaysia.

Kami juga akan berikan beberapa contoh tudung mengikut material buatanya, jika anda berminat, anda boleh menekan butang yang disediakan untuk terus ke laman jualan Shopee. Jangan lupa untuk menggunakan voucher percuma Shopee yang ada di hujung artikel ini ye. Voucher ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa. Jomm..

Jenis Kain Tudung Terbaik

Terdapat beberapa jenis kain tudung yang ada di pasaran tempatan, setiap jenis kami tudung ini mempunyai krateria yang berbeza antara satu dengan yang lain. Disini kami kongsikan beberapa krateria material kain untuk membuat tudung yang bagus:

Antara ciri-ciri kain tudung yang berkualiti dan bagus adalah:

  • Lembut
  • Tahan kedut @ anti kedut
  • Udara boleh tembus @ sejuk apabila dipakai
  • Ironless
  • Tidak terlalu jarang dan nipis

Senarai ini adalah antara ciri material yang sesuai untuk dijadikan sebagai kain tudung wanita muslimah. Anda juga boleh jadikan krateria ini sebagai rujukan apabila ingin membeli kain tudung baru nanti. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pemilih jenis tudung, rujukan ini bagus untuk anda. Berikut pula adalah jenis kain tudung yang popular di pasaran tempatan.

Cotton

Kain cotton adalah fabrik yang paling popular digunakan dalam pembuatan pakaian termasuklah tudung wanita. Cotton ini biasanya mudah didapati pada tudung jenis bawal, namun kini penggunakan kain cotton ini mula meluas dan boleh didapato juga pada tudung jenis lain.

Tudung cotton bawal : Kredit farryborong

Tudung cotton bawal : Kredit harianisuryadi

Kain cotton sangat sesuai dijadikan tudung memandangkan Malaysia mempunyai iklim yang panas sepanjang tahun. Ini kerana ia mempunyai kain yang tidak terlalu jarang, jadi udara boleh keluar masuk menjadikan tudung anda tidak panas.

Kebaikan kain cotton:

  • Lembut 
  • Tidak terlalu nipis dan jarang
  • Mudah dibasuh
  • Mudah untuk iron

Jenis-jenis cotton yang sesuai dijadikan sebagai material tudung:

  • Cotton premium
  • Cotton linen
  • Cotton silk
  • Cotton crepe
  • Cotton voile
  • Cotton silk spandex

Chiffon

Chiffon juga adalah material yang popular selepas kain cotton, kain chiffon ini mempunyai testur seperti sarang lambah-labah, halus, lembut, dan ringan. Disebabkan ia lebih halus berbanding cotton, kain ini mempunyai kadar transparent/jarang lebih tinggi. Namun terdapat juga jenis chiffon yang tebal namun masih mengekalkan ciri lembut dan jarangnya.

Tudung bawal heavy chiffon : Kredit tnacollection

Tudung sarung premium chiffon : Kredit alfaro.officialstore

Dengan adanya beberapa jenis chiffon yang premium dan berkualiti menjadikan semakin banyak tudung berasaskan kain chiffon ada di pasaran. Sama seperti cotton, chiffon juga sesuai untuk dijadikan sebagai kain tudung di iklim cuaca di Malaysia.

Kebaikan kain chiffon:

  • Ringan dan nipis
  • Lebih transparent
  • Tahan kedut
  • Sejuk (udara boleh masuk)

Jenis-jenis chiffon yang sesuai sebagai material tudung:

  • Chiffon voile
  • Chiffon crepe
  • Chiffon georgette
  • Chiffon bubble
  • Heavy chiffon

Satin

Jika anda peminat tudung shawl pastinya sinonim dengan material jenis satin ini. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai selendang, namun boleh juga digunakan untuk tudung jenis biasa. Biasanya satin ini digayakan oleh golongan muda yang inginkan fesyen yang trendy dan terkini. 

jenis kain tudung

Tudung sarung premium chiffon : Kredit wholesalesmalaysia2020

jenis kain tudung

Tudung sarung premium chiffon : Kredit yusscloset

Material satin ini mempunyai sifat lembut, berkilat, dan elastik, dengan ciri-ciri ini menjadikan kain satin ini popular dalam kalangan anak remaja. Ditambah pula dengan adanya variasi pattern corak khas untuk tudung.

Kebaikan kain satin:

  • Ironless
  • Tahan kedut
  • Lembut dan selesa
  • Sesuai untuk tudung shawl

Jenis-jenis chiffon yang sesuai sebagai material tudung:

  • Satin valentino
  • Satin matte
  • Satin silk
  • Satin roberto cavalli

Lycra

Selain kain satin, kain jenis lycra juga mempunyai keunikan elastik disamping lembut dan selesa digayakan bersama tudung. Mungkin ramai yang belum tahu, Lycra adalah nama trademark jenama kain sintetik fiber atau spandex. Ia mula digunakan untuk membuat kain tudung kerana mempunyai ciri-ciri yang selesa dan tahan kedut.

jenis kain tudung

Tudung sarung premium chiffon : Kredit molla_co

jenis kain tudung

Tudung sarung premium chiffon : Kredit surayasofea.co

Berbanding kain cotton, lycra mempunyai lebih kebaikan kerana mempunyai tahap elastik yang baik, ini menjadikan tudung lycra tahan kedut dan mudah dipakai oleh sesiapa sahaja.dari segi harga pula, kain lycra yang berkualiti dijual dengan harga lebih mahal berbanding kain tudung yang lain.

Kebaikan kain lycra:

  • Tahap elastik tinggi
  • Tahan kedut
  • Mudah di iron
  • Lembut dan selesa

Jenis kain lycra yang bagus untuk tudung:

  • Lycra korea
  • Lycra cotton
  • Lycra moss crepe
  • Lycra polyester
  • Lycra premim

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Dengan pemilihan jenis kain yang betul pastinya boleh memberikan rasa selesa apabila memakai tudung. Diharap dengan perkongsian ini boleh memberi sedikit info terutamanya kepada anda yang baru nak belajar mencari jenis material tudung yang bagus dan selesa. Bagi anda yang mencari budang 45 boleh ke slot Tudung bidang 45 untuk info lanjut. TQ

Scroll to Top
Scroll to Top