Anda tahu tak baju hijau lumut sesuai dengan tudung warna apa? Terdapat beberapa tona warna hijau yang popular di dalam pemilihan fabrik. Antara yang biasa disebut dan digunakan adalah warna hijau lumut atau boleh juga dipanggil sebagai Olive Green. Di dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan padanan yang sesuai untuk baju warna hijau lumut untuk rujukan anda.
Di slot ini juga kami akan kongsikan beberapa warna tudung yang sesuai dengan baju hijau lumut. Anda boleh merujuk code warna yang diberikan untuk mencari warna pilihan anda nanti. Jangan lupa untuk menggunakan voucher Shopee percuma yang ada di hujung artikel ini ya, voucher code ini akan kami kemaskini setiap bulan.
Table of Contents
ToggleWarna Hijau Lumut @ Olive Green
Warna lumut ini adalah salah satu warna yang popular terutamanya sebagai warna utama busana wanita. Warna ini seperti mempunyai dua jenis warna iaitu warna hijau dan warna kuning gelap. Warna hijau lumut ini boleh membawa unsur yang baik dan positif seperti tenang dan harmoni. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai lambang kepada rasa simpati dan sebagainya.
Untuk membuat warna ini sedikit rumit dan memerlukan beberapa campuran warna iaitu biru, kuning, dan merah. Setiap warna-warna ini perlu dibahagi dengan teratur agar terhasilnya warga olive green ini. Hijau lumut juga mempunyai unsur semulajadi dan tenang.
Baju Hijau Lumut Sesuai Dengan Tudung Warna Apa?
Untuk baju hijau lumut, terdapat beberapa pilihan warna tudung yang anda boleh padankan. Untuk mengetahui warna-warna tudung yang sepadan ini anda perlu mengunakan bantuan roda warna. Terdapat beberapa cara untuk membaca roda warna ini, berikut adalah beberapa warna tudung beserta code warna yang matching dengan baju hijau lumut.
Padanan Warna Analog

*Zoom untuk lebih jelas
Padanan Warna Monocgomatic

*Zoom untuk lebih jelas
Padanan Warna Complementary

*Zoom untuk lebih jelas
Padanan Spit Complementary

*Zoom untuk lebih jelas
Memiliki baju hijau lumut tidak bermakna anda mempunyai pilihan tudung yang sedikit dan terhad. Sebaliknya anda boleh mengunakan roda warna untuk mencari lebih banyak tona warna yang seragam untuk dipadankan bersama baju anda. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda yang sedang mencari tudung untuk baju hijau lumut anda. Jom baca sharing popular Jenis Tudung.TQ!