Tudung bidang 45 adalah ukuran yang paling banyak dijual di pasaran tempatan. Ukuran 45 ini adalah yang paling kecil untuk ukuran tudung muslimah. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa info berkenaan tudung bidang 45 dan rekomendasi koleksi tudung yang popular dan trendy untuk rujukan anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan tudung, anda boleh menekan butang yang disediakan untuk terus ke lama penjual Shopee. Jangan lupa untuk menggunakan voucher percuma Shopee semasa checkout nanti. Voucher percuma ada di hujung artikel ini, T&C.
Table of Contents
ToggleUkuran Tudung Bidang 45
Bagi anda yang masih belum mengenali bidang 45 ini, ia adalah ukuran kain tudung empat segi sama yang mana setiap sisinya berukuran 90cm. Ukuran ini sangat popular untuk tudung jenis bawal. Selain itu, terdapat juga bidang yang lebih besar seperti bidang 50, 55, dan 60.
Terdapat juga bidang 45 yang popular dalam kalangan warganet, disini kami kongsikan beberapa koleksi tudung bidang 45 yang viral dan paling ramai dicari oleh warganet. Anda boleh menekan butang yang disediakan untuk terus ke laman penjual dan melihat koleksi corak tudung yang ada.
Tudung bidang 45 labuh
Tudung bidang 45 juga boleh digayakan dengan labuh, tetapi ia hanya sesuai untuk wanita yang berbadan kecil sahaja. Anda juga boleh mengayakan tudung bidang 45 ini dengan cara yang labuh dan menutup bahagian dada.
Tudung bidang 45 labuh : Kredit butikamirah
Tudung bidang 45 labuh : Kredit tnacollection
Tudung bawal bidang 45
Bagi peminat setia tudung bawal pastinya biasa dengan bidang 45 ini. Ini kerana pada awalnya tudung jenis bawal banyak dijual dengan ukuran bidang 45. Kini dengan adanya pelbagai jenis material dan corak maka terdapat lebih banyak jenis bawal 45 yang cantik untuk digayakan setiap hari.
Tudung bawal bidang 45: Kredit labelbyss
Tudung bawal bidang 45 : harianisuryadi
Tudung bidang 45 sarung
Tudung sarung atau tudung instant juga boleh didapati dengan ukuran bidang 45. Tudung sarung 45 ini juga sesuai untuk dipakai di dalam rumah kerana ia jenis yang simple dan ringkas sahaja. Ditambah pula dengan ukuran 45 yang kecil menjadikan ia lebih mudah untuk disarung.
Tudung bidang 45 sarung : mahrosescarf19
Tudung bidang 45 sarung: norehannordin
Beza Tudung Bidang 45 dan 50
Berikut pula adalah perbezaan ukuran bidang tudung 45, 50, dan 60. Gambar ini adalah rujukan untuk anda yang belum mengenali jenis ukuran bidang tudung ini.
Kredit Facebook
Tidak dinafikan tudung bidang 45 ini adalah yang paling banyak dijual di pasaran tempatan. Ukuran ini juga boleh didapati dalam pelbagai jenis corak dan material pilihan anda. Walaupun ukurannya yang paling kecil, ia juga boleh digayakan secara labuh agar boleh menutup aurat dengan sempurna. Anda peminat tudung chiffon? Jom ke artikel seterusnya Tudung chiffon popular di Malaysia.